Saturday, 22 February 2014

Jika dia bukan jodohku YA ALLAH

 Jika dia bukan jodohku YA ALLAH

Jika dia bukan jodohku, Ya Allah..
Pudarkanlah keindahan wajahnya dari pandangan kalbuku..
Aku tak ingin mencintai orang yang salah, sungguh.. walaupun melupakannya sangat menyakitkan.. Aku berusaha untuk sanggup..
Gugurkanlah satu-persatu dengan perlahan semua kenangan yang senantiasa melekat erat dalam ingatanku.. Kerana jika semuanya terhapus dalam waktu sekejap, aku takut itu akan menyiksa diriku sendiri..

Jika dia bukan jodohku Ya Allah..
Bantulah aku untuk mencabut perasaan tak biasa ini dari hatiku..
Aku akan merasa bersalah dan mengutuk diri jika dia yang kini bersemayam di hatiku..
Aku sedar itu tidaklah mudah kerana akarnya terlanjur membumi di hatiku ..
Tapi demi keridhoanMu Ya Allah, apa yang tidak akan aku lakukan?

Jika dia bukan jodohku, Ya Allah..
Jangan hadirkan sosoknya lagi dalam mimpi-mimpi malamku..
Kerana itu hanya membuatku semakin berandai-andai dan lalai dari mengingatMu

Jika dia bukan jodohku, Ya Allah..
Jauhkanlah sejauh yang aku butuhkan untuk menjadikan namanya terdengar biasa saja di pendengaranku..
Kerana sungguh, atas perasaan ini aku tak mampu tenang bila mendengar namanya..

Jika dia bukan jodohku, Ya Allah..
Jauhkanlah sejauh yang aku butuhkan untuk menjadikan wajahnya terlihat biasa saja di pandanganku..
Kerana sungguh, atas perasaan ini hatiku tak bisa bergetar wajar bila memandang wajahnya..
Biarkan ia berlalu..


Tanpa sedikit pun kenangan..

No comments:

Post a Comment