Thursday, 27 February 2014

KEMANA MENGHILANG NUR DI HATI?





KEMANA MENGHILANG NUR DI HATI?

Keridhoan ibu boleh membuka satu pintu syurga,
Keridhoan ayah pula boleh membuka satu lagi pintu syurga.
Begitu juga penderhakaan kepada ibu akan membuka satu pintu neraka,
Penderhakaan kapada ayah juga akan membuka satu lagi pintu neraka

Dimana pintu syurgaku tanpa redha seorang ibu???

Ya, pintu taubat masih terbuka. Allah Maha Pengampun. DIA akan selalu menerima taubat hamba2 Nya.. Adakah pintu taubat terbuka buat aku tanpa redha ibu??? Andai kunci syurgaku di tangan ayah, redha kah ayah terhadap aku?..

Tiba2 jiwa merintih,
Mengapa hidup ini gelita..?
Adakah kerna balasan dosa..

Redha ibu, ayah mudah untuk disebut, dan begitulah juga mudah untuk dicapai. Dengan tidak melukai hati mereka, kita sudah mencapai keredhaan kedua2 orang tua. Dengan menuruti suruhan mereka, kita juga sudah mencapai keredhaan mereka, malah pintu syurga turut terbuka luas apabila mereka redha. Aku???

Menginjak dewasa, aku mula membina benteng antara keluarga juga aku. Dimana silapnya perhitungan diri pada masa itu… Kesalahan demi kesalahan aku lakukan.  Ya, dosa demi dosa.. Itulah kata2 tulus yang selayaknya.

Barangkali, mereka yang tidak punya hati masih punya akal untuk teladani. Setitis airmata kesedihan ibu yang tumpah kerana kita, beberapa langkah sudah terjarak kita daripada redha ALLAH S.W.T dan syurga NYA. Masih punyakah diri ini akal? Juga hati.. Malaikat di kiri bahu barangkali menangis melihat betapa buruknya tingkah laku ini..

Astaghfirullah Al-Azim
 

No comments:

Post a Comment