Monday, 3 March 2014

Normal, but it is true.. ★☆

Rendah diri tu bagus tapi percayalah setiap manusia ada kelebihannya.. kerana Allah dah bagi yang terbaik untuk diri kita. Redha tu yang akan membuat diri kita jadi lebih tenang.

Tapi mengapa hati masih persoalkan itu dan ini..  dan pabila hati berkata “ aku rasa macam kurang berbanding dengan orang lain, kadang-kadang aku rasa kelebihan yang aku nakkan sangat tu tiada pada aku tapi ada pada orang lain..

I believe the words of a friend. Kita jangan lihat kelemahan pada diri sendiri, jangan hanya melihat kelebihan pada orang lain. Kita memang akan selalu bermonolog “dia tu cantiklah, inilah.. itulah..” dan kita tak sedar sebenarnya Allah sudah pun beri kepada kita kelebihan tu. Selayaknya, dan semestinya aku sedar. Tentu kita akan menyesal kenapa kita menidakkan takdir Allah. Satu kelebihan juga pabila Allah temukan aku dengan sahabat ini kerana dia sudi dan banyak menyedarkan aku bahawasanya diri aku dan mereka yang lain tidak akan sama, dan kita ada diri sendiri untuk dibanggakan, tapi bukan riak.

Hadapilah dugaan dengan hati yang cukup redha, dan In Sha Allah aku akan peroleh apa yang aku impikan.. Kata-kata sahabat itu satu doa buat aku

Mencari sesuatu yang berharga dalam seribu persoalan yang menyesakkan..

Permintaan kita bukan mudah untuk dimakbulkan, yang penting tawakal dan jangan pernah berhenti meminta.

Dan.. ada seorang kawan yang cantik ni cakap,  Kalau kita tengok mereka2 yang cantik comel handsome tu, jangan tengok lama2.. lepas pada tu kita tengok lah orang yang kurang dari kita, dan cakap “Alhamdulillah” aku cantik sedikit dari dia ..
Cantik cerdik solehah kaya dan banyak2 lagi tu, jadikanlah ia satu kelebihan yang pasti kita pun akan usahakan. In Sha Allah.


No comments:

Post a Comment