Thursday, 6 March 2014

Tiada aku tanpamu♡

TIADA AKU TANPAMU

Lahirnya aku di dunia, aku terlupa.. tangis bahagia ibu, tangis syukur seorang ayah, kerana akulah anugerah kelahiran teristimewa..

Aku lupa, akulah permata berharga mereka didunia yang mereka punya.. kerna di waktu itu, aku tidak tahu betapa syukur mereka memiliki aku..

Meski diwaktu kecil, aku tiada sedar akan tangan ibu yang menyelimuti tubuh kecilku. Sungguh, Aku lupa kasarnya jari jemari ayah kerna aku..demi meyempurnakan keperluan puterinya untuk membesar ke dunia..

Pesanmu ibu bagai mutiara berharga, nasihat ayah amat berguna. Fitrahnya aku lahir ke dunia, bagai kain putih yang dicorak mereka. Yahudikah diri? , Majusi, atau Nasrani.

“Biar kami menjadi rimbunan
Tempatmu berteduh

Sebelum kau terbang jauh”



No comments:

Post a Comment