Wednesday, 25 June 2014

Ringkas Pilihan & Kehidupan

Hidup ini terlalu singkat untuk aku .. fikir jauh ke hadapan
Peluang aku di hadapan mata tapi aku biarkan ia berlalu dengan satu pejaman..

Dalam lena,
Aku tembusi masa silam yang tidak mungkin aku ubah persimpangan ..jawapan,
Namun, aku tetap lena.

Yang jauh itu belum tentu kebahagiaan, walhal haluan yang semakin jelas di hadapan mata ini dua jalan berbeza yang menantikan pilihan.

Pilihan sentiasa ada, Pilihan tak membuatkan diri kita menderita, pilihan itu memberi kita rasa dan pengalaman yang jauh berbeza.. Untuk ubah siapa diri kita.

Persimpangan yang aku lalui merupakan pilihan.  Tiada noktahnya kehidupan kerana aku masih ada Tuhan,
Aku terhenti bukan di akhir penantian, aku mengelamun di dua persimpangan.  Ya, aku Cuma mengelamun.

Allah menguji lagi dengan pilihan-pilihanNya., Adakah pilihan aku ini berakhir dengan destinasi yang aku nanti atau
 berharap masih ada lagi persimpangan di hadapan?


1 comment: